< Browse more videos

It Gets Better in Malaysia: Pang Khee Teik "What's So Wrong With Love?"

Klik butang CC untuk sarikata Bahasa Melayu. "It Gets Better in Malaysia" adalah projek video yang merakamkan mesej harapan untuk golongan muda LGBT Malaysia: walaupun situasi mungkin amat sukar di zaman remaja, namun keadaan akan menjadi lebih baik -- 'It gets better'. Mesej-mesej ini adalah untuk sebahagian kecil remaja Malaysia yang lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT). Projek ini adalah tindak balas kepada kisah-kisah benar mengenai remaja dan dewasa LGBT yang bunuh diri atau cuba bunuh diri. Statistik menunjukkan bahawa frekuensi dan kemungkinan berlakunya kes bunuh diri remaja LGBT adalah antara tiga hingga enam kali lebih tinggi berbanding golongan heteroseksual. Ini adalah akibat perasaan kesepian, ketakutan, atau putus asa yang disebab oleh stigma dan diskriminasi terhadap mereka. Kebanyakan orang boleh mengadu kepada keluarga, tapi ramai remaja LGBT dipulau oleh keluarga mereka sendiri. Mereka tidak boleh mengadu kepada sesiapa. Kami memutuskan untuk memberi semangat kepada mereka kerana kami dapat mendalami perasaan yang sama. Inilah sebabnya projek ini dimulakan. Ia bukan projek membuat video 'pengakuan gay'. Sebaliknya ia untuk memberi harapan kepada orang muda yang mungkin tiada harapan untuk hidup. Seksualiti Merdeka, penganjur acara tahunan hak asasi manusia mengenai seksualiti, terutamanya hak asasi golongan LGBT, memperjuangkan projek ini berlandaskan kepentingannya untuk Malaysia. Penganjur pesta ini terdiri daripada gabungan beberapa kumpulan-kumpulan dan individu-individu, termasuk Bar Council Malaysia, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books, dan lain-lain. www.seksualitimerdeka.org + + + It Gets Better in Malaysia is a video project about giving hope to young LGBT Malaysians: even though things can be rough during the teenage years, it can get better. This message is targeted at the minority of young Malaysians who are growing up as lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT). This project is in response to accounts of suicides and attempted suicides by LGBT teenagers and adults. Statistics of such suicides are anywhere between three to six times higher than by heterosexuals. This is due to the overwhelming feelings of loneliness, fear or hopelessness that result from stigma and discrimination against them. Most people have their families to turn to. For LGBT youths, even their own families can be a source of rejection. They have no one to turn to. We decided it is up to us who have survived similar situations to reach out to young LGBTs. This is why the project was born. It's not about making coming out videos. It is about giving hope to youths at risk. Seksualiti Merdeka, the organiser of an annual human rights festival on sexuality, especially the human rights of LGBT, took on this empowering project in belief of the message's importance and relevance to Malaysia. The festival is organised by a coalition of groups and inviduals including the Bar Council Malaysia, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books, among others. www.seksualitimerdeka.org

Categories: Asian American, International, Organizations